Syarat Tempahan

1. Setiap tempahan pakej adalah minima peserta seramai 40 orang.
2. Bagi pengambilan harga pakej bayaran tetap dikira 40 orang sekiranya peserta yang hadir kurang  dari 40 orang.
3. Tempahan 2 minggu sebelum tarikh pelaksanaan.
4. Deposit 60% perlu dibayar terlebih dahulu dan baki perlu diselesaikan semasa pendaftaran.
5. Deposit akan dikira hangus sekiranya pelanggan membatalkan tempahan 3 hari sebelum tarikh pelaksanaan.
6. Deposit akan dikembalikan 50% daripada jumlah pembayaran deposit sekiranya pelanggan membatalkan program dalam tempoh seminggu sebelum tarikh pelaksanan.
7. Tiada denda dikenakan sekiranya pelanggan menangguhkan tarikh pelaksanaan kepada tarikh yang lain.
8. Bahan–bahan terlarang / merbahaya dan juga minuman keras adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam kawasan D’Rimba Camp & Resort.
9. Urusan kesihatan peserta adalah di bawah tanggungjawab penganjur. Pihak kem hanya menyediakan bantuan awal kecemasan.
10. Bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya pihak penganjur berkehendakan ustaz/ustazah yang bertauliah untuk sesi tazkirah.
11. Untuk setiap aktiviti outdoor yang berisiko perlulah dilakukan hanya mengunakan Jurulatih yang bertauliah dari pihak kem.
12. Makanan yang dibawa dari luar atau persedian sendiri adalah menjadi tanggungjawab penganjur / pelanggan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.
13. Pelanggan dilarang sama sekali membawa barang-barang hak milik kem keluar dari kawasan kem.
14. Dilarang melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan Jurulatih yang bertauliah dari pihak kem.